Monday, April 25, 2011

Sumpah 10



Sumpah! Kenkadang aku tertawa dengan suasana politik kat Malaysia ni!








Bile media perdana xbnyk kutuk kerajaan, pembangkang ckp media tu milik kerajaan. Tetibe hari ni dlm paper Mantan Perdana Menteri lak mintak Media Perdana harus skali skala mengkritik kerajaan untuk menyampaikan pandangan sebenar org ramai.

Adoiyai...

So maknenye, betul lah that Media Perdana tu milik kerajaan? Huhu..pening2..

Konon Malaysia Demokrasi..kononlah..

Sumpah! Bagi aku, terlalu bnyk 'demokrasi' dlm Malaysia ni yg aku nk persoalkan.
Bukan je 'demokrasi pihak kerajaan' tetapi jugak 'demokrasi pihak pembangkang'

korg ni (pembangkang dan kerajaan) pernah ke betul2 fikir ttg rakyat? korg hanya nk wat hal sendirik je kan? Yg kerajaan dengan isu dan agenda sendirik mcm ne nak dpt pengaruh supaya kroni korg kaya raya...yg pembangkang pun sama je..dengan kepentingan diri nk merebut kuasa..then rakyat terabai..negara tergadai.

Janji sana, janji sini...dah menang - ade buat? X gak kan...

Sumpah aku rindu zaman politik masa awal2 merdeka dulu...di mana majoriti yg memegang jawatan terdiri dr ahli2 pendidikan...bukan business2 man mcm yg ada dlm kabinet hari ni.

xkire pembangkang xkire kerajaan, sama je! Masing2 sebok nk wat profit demi keuntungan diri masing2. Lepas tu cover kesilapan diri dengan akta yg sendiri gubal..adoiyai...

Rakyat mcmne wei?

'Blogging Mindfully and Responsibly"

korg nk tahu sgt kan ape pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia kan?

nah..ni suara aku..for both party ~ Kerajaan dan Pembangkang. Puas aty?

For Kerajaan ~ korg ckp korg telus, xtapis internet? Wei, jgn nk menipu leyh tak? Bape bnyk dh website yg bnyk pengguna Malaysia xleyh bukak? Pehal korg nk sekat2 hak kitorg nk bukak website2 tu? Kononnye, Najib berkata dlm Berita Harian hari ni Isnin 25 April '...kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet."

SUMPAH BULLSHIT!!!

Diskriminasi terhadap pelayar2 internet sentiasa je berlaku. Xyah nk berlagak baik lah wei. Nak menipu pun agak2 lah.

For pembangkang ~ jgn nak happy sgt lah aku kutuk kerajaan..korg pun sama je. Xde otak nk pikir ke, korg asyik sebok nk merampas takhta kerajaan, nak jadik pemerintah lah, berangan nk jadik PM lah..tapi pe je yg korg mampu tlg rakyat? Dah la xmampu nk tolong, lagik tindas lak tu. UUM mmg la kaya ade duit, tapi korg xde otak and aty perut ke, kaut keuntungan dr duit pendidikan anak bangsa demi nk tampung hidup mewah parti korg. Korg ni pehal? lau xde duit utk nk mentadbir negeri, jgn la sebok nk mentadbir, bagi balik je kat kerajaan yg ade duit (aku xckp bagi balik kat BN, tapi kat sesape je lah PARTI Politik yg mampu mentadbir tanpa menyusahkan org laen especially rakyat).

Patutnye lepas ni kene bagi Media Massa lak jadik Wakil Rakyat. Bagi TV3 ke, Astro ke, Nanyang Siang Pau ke ~ masuk bertanding. Here you can see how much they care about us ~ the citizen of Malaysia!

Sumpah! Bosan dengan politik Malaysia.


"Takkan Hilang Melayu di Dunia"

...dah nk ilang dh wei...tunggu masa je...
istana melaka yg skang ni pun replika je sebab istana asal yg gah gile dulu tu dah kene bom dek portugis, ketamadunan kite dah xhebat mana pun dek krisis dalaman...lau xsedar agy aku xtau lah...

Sumpah! Frustrated!

0 comments:

Post a Comment

Eh, awk pun nk komen? Sile lah...jangan malu dan segan...buat la mcm page sendiri...