Wednesday, July 13, 2011

Sunyi malam tanpa bintang.

Sunyi malam ni.

Lepas satu persatu masalah yang hadir, deruman enjin motor dan kereta bagai xkedengaran.
Hanya pusingan kipas di siling yg menemani gundah hati aku mlm ni.

Satu persatu kejayaan yang dilakar bagai tidak membawa sebarang erti. Kerana satu musibah,semua nya hilang tidak di kenang lagi.

Sunyi betul malam ni.

Aku pandang skrin laptop ni. Bnyk warna, tapi masih juga tidak membawa sebarang keindahan. Erti kehidupan yang telah hilang. Ntah, xtaw tertinggal kat ane. 

Harapan yang selama ni aku tunggu, dah nak nampak hasilnye, ~ berkecai.

Karma hidup, kadang di atas, kadang di bawah. Dan aku kini di bawah la..hihihi..

Ketawa yg tidak membawa sebarang kebahagiaan. Ketawa yang disulami derita sengsara.

Sayang, andai kau mengerti...aku ni nampak je kuat, tapi tak pun sebenarnye.

Kalau lah boleh aku putar masa, akan aku pasti kan masalah ni xterjadi. Tapi apa kan daya, aku bukan Tuhan. Dan apa yg terjadi, harus aku tempuhi. Nak ke, xnak ke...kene faced gak.

Berkonkritkan kekuatan terakhir yg ada dalam jasad. 

Malam - malam ku ini terasa begitu sunyi...

....dan sepi....

2 comments:

  1. putaran hidup...selalu wt kita rasa kecundang...namun tu la yg bg kekuatan pd kite...

    ReplyDelete
  2. lumrah alam kehidupan.
    bertabahlah wahai hati kamu! :)

    ReplyDelete

Eh, awk pun nk komen? Sile lah...jangan malu dan segan...buat la mcm page sendiri...